MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Wednesday 26 December 2012

ID Card Holder lagi!


Assalamualaikum pengunjung ARa Craft! 

Memandangkan masa cuti agak lama kali ni, (10hari je pun) jadi AC sempat la siapkan 6 bijik ID Card Holder berasaskan kain felt. Berkejar-kejar jugak nak siapkan sebabnya assignment banyak tak sentuh lagi. Jadi menggunakan keringat yang ada selama 3 hari, siaplah 6 biji dibawah ini.

ID CARD HOLDER


enam biji ID Card Holder yang bergelimpangan. Sebenarnya pelanggan tempah 4 je tapi saje buat lebih mana tahu ada pengunjung blog AC berminat untuk membelinya.



Colour : TURQUOISE
Status : SOLD

OPEN FOR REMAKE



Colour : GREEN
Status: AVAILABLE

OPEN FOR REMAKE


Colour : PURPLE
Status: SOLD

OPEN FOR REMAKE
 


Colour : DARK BLUE
Status: SOLD

OPEN FOR REMAKE
 


 Colour : PINK
Status: AVAILABLE

OPEN FOR REMAKE



Colour : YELLOW
Status: SOLD

OPEN FOR REMAKE


Ha, ada ke yang berminat untuk membelinya? Boleh ke page ARa Craft ataupun emelkan ke amalina_rahim@yahoo.com. Banyak items lagi kat page tu. Boleh request jenis mana , pattern mana ataupun warna mana mengikut citarasa tersendiri. Oklah, sekian.




Sunday 23 December 2012

Love Pillow Felt.


Assalamualaikum pengunjung blog ARa Craft!

AC mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana jarang sangat update blog ni. Rasanya baru 2 3 post kot yang AC pernah buat kat blog ni. Nak kata tak menjahit, tapi menjahit je. HEHE sebenarnya liat sangat nak tulis blog sekarang. Yelah, blog AC yang personal pun dah jarang jenguk apatah lagi nak update.

Sebenarnya sibuk dengan kelas dan berpraktikal. Yelah, dalam setahun AC kena berpraktikal sebanyak 3 kali kat hospital yang berlainan. Pindah sana pindah situ. Lepas final exam, terus praktikal. Abis praktikal, balik kolej pulak. Pendek kata mana ada masa lapang macam duk UiTM dulu yang bilamana cuti semester nya lama. Disamping sibuk menelaah dan berpraktikal, AC tetap jugak ligat menjahit bila ada tempahan. Tapi tu lah, bila jarang online, jarang la dapat publish. So, alang alang dah cuti ni AC nak post pasal kejadian kejadian lepas. Jom kita tengok apa yang AC jahit! 

LOVE PILLOW FELT!

Yes, first time buat pillow dari felt. Ni tempahan dari bekas housemate AC. Nama kami pun sebijik. Katanya nak bantal bentuk love untuk diberi pada yang tersayang sempena hari lahir. So jom godek godek gambar kat bawah ni.


Ni waktu tengah menggunting alphabet. AC paling tak suka gunting alphabet sebab leceh. HAHA. Pemalas kan. Tapi bila tengok camni, comel pulak warna warni kan?


katanya nak ada gambar muka Bear kat tepi bantal , dan  AC pun terbuat bear yang sedih. Olololo kesian bear ni muka sedih je. Sorry.



Dan ini LOVE PILLOW FELT yang dah siap.  Gambar close-up yang tak penuh hahaha sorry!
EPY BESDAY QUERIDA maksudnya Selamat Hari Lahir, Sayang!


So, kepada sesiapa yang berminat nak menempah Love Pillow atau apa apa saja boleh PM saya di page AC, https://www.facebook.com/pages/ARa-Craft/355502117826697 ataupun emelkan sahaja di amalina_rahim@yahoo.com. Open for remake. Thank you for reading!