MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Saturday 30 March 2013

Heart Shaped Wedding Pillow

Assalamualaikum..

Haiii korang! Saya dah balik kolej dan sekarang sedang curi curi masa menjahit sebijik bantal kat hostel. Sempatlah siap dalam masa tiga hari. Kadang kadang bawak kain merah putih tu dan jahit bunga dalam kelas time tunggu lecturer masuk. Bukan ape, kenalah pandai manfaatkan masa yang ada! Hihi. Ni first time buat bantal guna flannel berbentuk Love ni. Selalunya bentuk petak petak je tapi memandangkan nak kasik kat orang baru lepas naik pelamin, kenalah ada ilusi romantis dan sweet sikit! Jenuh jugak nak jahit sebab bentuk dia macamni maklumlah semuanya jahitan tangan.


Heart Shaped Pink Pillow with Sweet Flowers




Dikesempatan yang ada ini juga saya nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nurul Yaqin a.k.a Kak Eqin yang sangat gojes pakai baju pengantin tu. Semoga berbahagia dengan pasangannya, Abg Fairus. Terimalah hadiah tak seberapa tapi penuh dengan kasih sayang dari saya ni sebagai pengganti tak dapat gi kenduri. 





 Bagi yang berminat nak order untuk dihadiahkan kepada pasangan pengantin baru atau kat awek ke ape ke, laju laju komen kat bawah ni ataupun terus direct cari saya kat page saya ye! Barulah rare kasik hadiah cemnihhh kat pengantin. Yedak? Psssssttt, cuba bilang ada berapa kelopak bunga kat bantal tu?



22 bijik jawapan dia! Byeeeeeee :))

Sunday 24 March 2013

REVIEW SPONSOR FOR MY GIVEAWAY

Assalamualaikum..

Untuk Giveaway pertama saya ini, semuanya hadiah saya buat sendiri khas untuk pemenang KECUALI hanyalah Tulip Felt Flower.  Bunga yang diperbuat dari felt ni telah dihasilkan oleh kawan baik saya yang baru berjinak jinak dalam dunia kraf tetapi mempunyai bakat yang sangat besar!

Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutuan. Tapi takleh guna Baucer Buku 1 Malaysia tau! Haha. Untuk GA kali ni beliau telah mensponsor sebanyak 6 kuntum khas untuk 3 pemenang sahaja. Wahhh, setiap pemenang dapat 2 kuntum sorang. Nanti boleh letak atas meja study atau meja kat opis. Mesti lagi semangat nak buat kerja kan bila warna warni je atas meja! Untuk pakwe pakwe pulak, boleh hadiahkan dekat makwe, mak, adik ataupun mak mertua! Hehe



Jika berminat untuk menempah untuk buat doorgift hantaran kawin ke, majlis harijadi atau apa apa saja majlis keramaian dan nak kasik bunga yang RARE kepada tetamu, ya anda membuat pilihan bijak jika memilih bunga tulip yang diperbuat dari material felt ni. Sangat unik, cantik dan semua orang akan terpegun. "Wahhh kelas kau Jah!" 

Untuk order, boleh menggunakan saluran page saya ataupun boleh juga terus ke facebook beliau tapi jangan mengurat tau! Hehe. Klik SINI 

Bagi yang belum join GA saya tu, cepat cepat join sekarang kalau tak melepas!! Klik SINI untuk join.

Saturday 23 March 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Assalamualaikum and Hi,




Short entry-------
 I just want to wish Happy Birthday to my online shop which I named it as ARa Craft. I hope I can expand moreeeeee and moreeeee my talents in this kind of job.

I love my job and Insyaallah I will manage my online shop as good as I can. Wish me luck please.



Gahhhh, I'm so tired preparing for my first giveaway. I hope I can do it as fast as I can before I went back to Nilai soon!



Thursday 21 March 2013

Syhhhhhh.. Giveaway?

Assalamualaikum..

Hip hip hoorayyy dua hari lagi birthday ARa Craft yang pertama. Jadi sebab gembira punya pasal, rasa nak bagi keychains free je kat you olsssss semua. Tunggu tau, saya tengah jahit ni hadiah hadiah dia. Jemputlah join giveaway nanti ye. Kalau bertuah, dapat la merasa pegang hasil kraf saya yang tak seberapa punya nya pun. Huhu.

Cekidaut gambar kejadian memotong kain felt ni.


Satu je! Hehe nantikan yang seterusnyaa.....


TEMPAHAN DARI KAK NINA

Assalamualaikum..

Kak Nina dah lama tempah nak sebijik bantal dan ID Card Holder tapi disebabkan material tak cukup dan sibuk sangat berpraktikal jadi asyik tak berkesempatan nak siapkan tempahannya. Alang-alang saya dah dapat cuti seminggu sebelum balik ke kolej ni apeeee lagi jom kita gaul gaul kain flannel ni dengan fiber dan POMMMMM jadilaaaaaahhhhhh ini,




Ini pulak ID Card Holder yang nak dicampur warna. Kak Nina request nak colour turquoise kat depan dan belakangnya tak kisah warna apa. Tapi semalam waktu bagitahu campur warna pink, Kak Nina cakap dia tak suka warna pink. Halamakkkk cuak jugak kang dia tak berkenan!! Tapi syukur lepas tunjuk gambar ID Holder ni terus  dia berkenan. Alhamdulillahhhh..


Blocking Colour gitewwww. Eh jap Blocking Colour atau Colour Blocking? Ahhhh tak kisahlah. Berminat? Mai cari saya kat sini , ARa Craft . Insyaallah 24/7 saya ONLINE.




OLE-OLE UNTUK STAFF HOSPITAL

Assalamualaikum.

Selama dua bulan saya berpraktikal di salah sebuah hospital di ibu negara sebagai pelatih X-ray. Jadi untuk menghargai jasa murni staff yang banyak bagi tunjuk ajar, saya buatkan sesuatu tanda kenang-kenangan. Ingatkan semuanya nak buat keychains nama tapi keadaan kesihatan tak berapa sihat waktu tu. Asyik selesema je dan kekangan waktu yang tak mencukupi.


BROOCH BUNGA untuk staff perempuan. Ada 17 biji kesemuanya.



Ini pula Keychains Nama untuk staff lelaki. Nasib baik 8 orang je. Fuhhhh..

















Dah tamat pun praktikal, soooooo kena balik kolej pulak untuk sambung belajar teori ! :)