MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Sunday 24 March 2013

REVIEW SPONSOR FOR MY GIVEAWAY

Assalamualaikum..

Untuk Giveaway pertama saya ini, semuanya hadiah saya buat sendiri khas untuk pemenang KECUALI hanyalah Tulip Felt Flower.  Bunga yang diperbuat dari felt ni telah dihasilkan oleh kawan baik saya yang baru berjinak jinak dalam dunia kraf tetapi mempunyai bakat yang sangat besar!

Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutuan. Tapi takleh guna Baucer Buku 1 Malaysia tau! Haha. Untuk GA kali ni beliau telah mensponsor sebanyak 6 kuntum khas untuk 3 pemenang sahaja. Wahhh, setiap pemenang dapat 2 kuntum sorang. Nanti boleh letak atas meja study atau meja kat opis. Mesti lagi semangat nak buat kerja kan bila warna warni je atas meja! Untuk pakwe pakwe pulak, boleh hadiahkan dekat makwe, mak, adik ataupun mak mertua! Hehe



Jika berminat untuk menempah untuk buat doorgift hantaran kawin ke, majlis harijadi atau apa apa saja majlis keramaian dan nak kasik bunga yang RARE kepada tetamu, ya anda membuat pilihan bijak jika memilih bunga tulip yang diperbuat dari material felt ni. Sangat unik, cantik dan semua orang akan terpegun. "Wahhh kelas kau Jah!" 

Untuk order, boleh menggunakan saluran page saya ataupun boleh juga terus ke facebook beliau tapi jangan mengurat tau! Hehe. Klik SINI 

Bagi yang belum join GA saya tu, cepat cepat join sekarang kalau tak melepas!! Klik SINI untuk join.

No comments:

Post a Comment

Jom berikan kritikan membina kepada ARa Craft ! :D thank you xoxo