MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Wednesday 23 January 2013

Alhamdulillah Rezeki Makin Melimpah Ruah

Assalamualaikum..


Apa khabar semua. Cuaca sekarang tak menentu. Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kali ni nak tulis pendek je sebabnya dah mengantuk. Saja nak let you know apa yang AC sempat siapkan harini. Harini dan semalam asyik spam news feed facebook je dengan gambar terbaru. Gambar hasil kerja kraf okey, bukan gambar AC. Hehe dan Alhamdulillah ramai yang bagi respon positif tentang kraf AC. Banyak jugak la AC dapat order Bantal Gebusss ni hehe. Yang menariknya , one of my beloved lecturer kat UiTM dulu pun order jugak. 2 biji lagi. Alhamdulillah tapi barang material dah banyak kehabisan. Macam biasa la AC selalunya shopping online. Sebab susah takde transport ni. 

Kalau ada yang berkenan nak order apa apa sahaja, cepat order sekarang sebabnya boleh prepare barang awal awal. Rasanya kalau tak sempat minggu ni, AC akan mula menjahit pula minggu cuti CNY nanti. Minggu depan dah kena X-Ray pesakit dah. Wuwuwu, mesti gian nak menjahit. Hehe, pape pun layan gambar kat bawah ni dulu. Semuanya sempat disiapkan siang tadi.


BROADBAND CASING



Ni order khas dari sepupu kesayangan AC. Dia cakap tak kisah warna dan corak apa. Jadi, AC ikut warna kegemaran AC la. Apa lagi hehe. Berminat tak? RM7 sahaja. 100% jahitan tangan ditambah dengan kasih sayang. 


KEYCHAINS

Keychains ni sebenarnya dah lama di order oleh Yaya. Rasanya dari mula mula AC berniaga lagi. Tapi waktu tu AC tak berani nak buat. Macam tak yakin sangat la dengan hasil tangan sendiri. Sekarang ni dia request balik corak ni. Dia siap bagi gambar lagi untuk buat corak tu. Katanya ini gambar Onew (SHINEE) amboii minat betul dia kan HEHE. Keychains request macamni serendah RM4 sahaja. Harga bergantung pada design dan corak. Berminat, PM sahaja saya atau komen dibawah. 


POSTERIOR VIEW


ANTERIOR VIEW


KEYCHAIN MUSLIMAH. 

Ni panas panas lagi ni. AC baru je siapkan sebelum nak lelapkan mata ni. Ni untuk adik kesayangan adik AC, Aishah. Dari petang tadi dia teman AC menjahit. Siap tolong kemas barang kraf lagi padahal tak suruh pun. Rajin betul budak sorang ni. Lepastu bila tengok keychain Onew tu, dia pun cakap nak jugak. Tapi nak  yang versi wanita muslimah. Nak yang tutup aurat. Wahh alhamdulillah, percubaan pertama inilah hasilnya. Cincai cincai je. 

Oklah, bagi yang berminat nak memesan barangan kraf hasil ciptaan sepenuhnya AC, boleh la PM sahaja AC di facebook atau komen disini. Terima kasih kerana datang. Salam sayang dari AC.



Monday 21 January 2013

Bantal Gebusss

Assalamualaikum..


Hai pengunjung AC, apa khabar? Hehe tadi baru je update blog pasal Broadband Casing sekarang nak update blog pasal Bantal yang sooooooo gebu! Amboi aktif betul AC kan mentang mentang lah tengah cuti kan. Jom cekidaut gambar yang AC ambil tadi ..





Bantal gebusss ni diperbuat daripada material flannel. Flannel ni lagi lembut daripada felt. Sesuai untuk buat peluk peluk cium cium dakap dakap. Haha. Dulu AC pernah buat pillow jugak tapi daripada material felt. Tapi, AC lagi suka material flannel ni sebab sangat gebuss. Hehe walaupun jahitannya sangatlah cerewet sebab kain dia tu macam senang nak terurai. Kena betul berhati-hati.





AC mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk siapkan sebijik bantal ni. Penat , sangat penat tetapi perasaan teruja nak menghasilkan bantal yang gebu ni lagi memuncak. Saiz bantal ni adalah 12 inch X 12 inch , (ala lebih kurang saiz bantal yang kita letak dalam kereta tu la). Bantal ni 100% jahitan tangan AC. Naik bengkak jari AC sebab asyik menggunting dan menjahit je huhu. Bila la dapat beli mesin jahit kan. Tak larat rasanya nak jahit satu satu. Huhu. Penat bersengkang mata sebenarnya. Ni pun tak tidur lagi sebab banyak perkara nak settlekan. 


Tadi AC upload gambar ni di Facebook. Alhamdulillah ada few costumer yang berminat nak order bantal yang super gebuss ni. Tapi buat masa ni AC baru ada 3 warna je. PINK, HIJAU EPAL & BIRU TUA. Nanti nak kena tambah stok. Harganya pula AC letak serendah RM30 dan keatas bergantung kepada design yang dikehendaki dan berapa banyak/jenis hiasan yang diminta. Insyaallah berbaloi kalau menempah di ARa Craft. Sekarang ni banyak pending order nak kena siapkan sebelum g posting. Alamak sempat ke? Huhu dah la AC nak buat Blueberry Cheese Tart lagi untuk bawak bekal g KL nanti. Oklah, sehingga berjumpa lagi di lain entri. Bye.



Percubaan Pertama Membuat Broadband Casing

Assalamualaikum..

AC cuti selama seminggu sebelum g posting kat Hospital Tawakal. So, hari pertama cuti je AC terus start menjahit. Maklumlah sebulan tak menjahit sebab sibuk nak exam, pastu jadi gian. Ni haa, terlintas dihati nak buat Broadband Casing tapi taknak buat yang simple tu, nak yang 3D. Maka, terjadilah seperti ini. Hehe first time buat, salah dan silap harap di ampunkan.







Semalam ada jugak tanya geng krafter yang lain tentang harga sebijik Broadband Casing. Lebih kurang dalam lingkungan RM7-RM8 jugak la. Tapi AC taktahu lagi nak letak berapa. Berminat? Boleh order terus ke AC. Boleh request warna dan segalanya. Memandangkan AC  tengah cuti ni, jom cepat cepat. Haa, ni AC baru je siap buat sebijik bantal menggunakan kain flannel. Tak tidur langsung lagi ni selama 24 jam. Huhu penat penat. Nanti AC update dekat entri seterusnya ya. Mengantoknyaaaaaaa, bye!