MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Wednesday 23 January 2013

Alhamdulillah Rezeki Makin Melimpah Ruah

Assalamualaikum..


Apa khabar semua. Cuaca sekarang tak menentu. Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kali ni nak tulis pendek je sebabnya dah mengantuk. Saja nak let you know apa yang AC sempat siapkan harini. Harini dan semalam asyik spam news feed facebook je dengan gambar terbaru. Gambar hasil kerja kraf okey, bukan gambar AC. Hehe dan Alhamdulillah ramai yang bagi respon positif tentang kraf AC. Banyak jugak la AC dapat order Bantal Gebusss ni hehe. Yang menariknya , one of my beloved lecturer kat UiTM dulu pun order jugak. 2 biji lagi. Alhamdulillah tapi barang material dah banyak kehabisan. Macam biasa la AC selalunya shopping online. Sebab susah takde transport ni. 

Kalau ada yang berkenan nak order apa apa sahaja, cepat order sekarang sebabnya boleh prepare barang awal awal. Rasanya kalau tak sempat minggu ni, AC akan mula menjahit pula minggu cuti CNY nanti. Minggu depan dah kena X-Ray pesakit dah. Wuwuwu, mesti gian nak menjahit. Hehe, pape pun layan gambar kat bawah ni dulu. Semuanya sempat disiapkan siang tadi.


BROADBAND CASING



Ni order khas dari sepupu kesayangan AC. Dia cakap tak kisah warna dan corak apa. Jadi, AC ikut warna kegemaran AC la. Apa lagi hehe. Berminat tak? RM7 sahaja. 100% jahitan tangan ditambah dengan kasih sayang. 


KEYCHAINS

Keychains ni sebenarnya dah lama di order oleh Yaya. Rasanya dari mula mula AC berniaga lagi. Tapi waktu tu AC tak berani nak buat. Macam tak yakin sangat la dengan hasil tangan sendiri. Sekarang ni dia request balik corak ni. Dia siap bagi gambar lagi untuk buat corak tu. Katanya ini gambar Onew (SHINEE) amboii minat betul dia kan HEHE. Keychains request macamni serendah RM4 sahaja. Harga bergantung pada design dan corak. Berminat, PM sahaja saya atau komen dibawah. 


POSTERIOR VIEW


ANTERIOR VIEW


KEYCHAIN MUSLIMAH. 

Ni panas panas lagi ni. AC baru je siapkan sebelum nak lelapkan mata ni. Ni untuk adik kesayangan adik AC, Aishah. Dari petang tadi dia teman AC menjahit. Siap tolong kemas barang kraf lagi padahal tak suruh pun. Rajin betul budak sorang ni. Lepastu bila tengok keychain Onew tu, dia pun cakap nak jugak. Tapi nak  yang versi wanita muslimah. Nak yang tutup aurat. Wahh alhamdulillah, percubaan pertama inilah hasilnya. Cincai cincai je. 

Oklah, bagi yang berminat nak memesan barangan kraf hasil ciptaan sepenuhnya AC, boleh la PM sahaja AC di facebook atau komen disini. Terima kasih kerana datang. Salam sayang dari AC.



No comments:

Post a Comment

Jom berikan kritikan membina kepada ARa Craft ! :D thank you xoxo