MENARIK ! DARI BLOG LAIN.

Sunday 23 December 2012

Love Pillow Felt.


Assalamualaikum pengunjung blog ARa Craft!

AC mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana jarang sangat update blog ni. Rasanya baru 2 3 post kot yang AC pernah buat kat blog ni. Nak kata tak menjahit, tapi menjahit je. HEHE sebenarnya liat sangat nak tulis blog sekarang. Yelah, blog AC yang personal pun dah jarang jenguk apatah lagi nak update.

Sebenarnya sibuk dengan kelas dan berpraktikal. Yelah, dalam setahun AC kena berpraktikal sebanyak 3 kali kat hospital yang berlainan. Pindah sana pindah situ. Lepas final exam, terus praktikal. Abis praktikal, balik kolej pulak. Pendek kata mana ada masa lapang macam duk UiTM dulu yang bilamana cuti semester nya lama. Disamping sibuk menelaah dan berpraktikal, AC tetap jugak ligat menjahit bila ada tempahan. Tapi tu lah, bila jarang online, jarang la dapat publish. So, alang alang dah cuti ni AC nak post pasal kejadian kejadian lepas. Jom kita tengok apa yang AC jahit! 

LOVE PILLOW FELT!

Yes, first time buat pillow dari felt. Ni tempahan dari bekas housemate AC. Nama kami pun sebijik. Katanya nak bantal bentuk love untuk diberi pada yang tersayang sempena hari lahir. So jom godek godek gambar kat bawah ni.


Ni waktu tengah menggunting alphabet. AC paling tak suka gunting alphabet sebab leceh. HAHA. Pemalas kan. Tapi bila tengok camni, comel pulak warna warni kan?


katanya nak ada gambar muka Bear kat tepi bantal , dan  AC pun terbuat bear yang sedih. Olololo kesian bear ni muka sedih je. Sorry.



Dan ini LOVE PILLOW FELT yang dah siap.  Gambar close-up yang tak penuh hahaha sorry!
EPY BESDAY QUERIDA maksudnya Selamat Hari Lahir, Sayang!


So, kepada sesiapa yang berminat nak menempah Love Pillow atau apa apa saja boleh PM saya di page AC, https://www.facebook.com/pages/ARa-Craft/355502117826697 ataupun emelkan sahaja di amalina_rahim@yahoo.com. Open for remake. Thank you for reading!




3 comments:

Jom berikan kritikan membina kepada ARa Craft ! :D thank you xoxo